suatu hari nanti aku pasti akan buktikan pada semua..
itu lah ayat yg bermain dlm mindaku sejak kecil lg...sbb dr dlu aku slalu dibuli oleh kakak2 ku...memandangkan aku agak kurang dlm pelajaran berbanding mereka jadi aku sentiasa menjadi bahan jenaka...sjk kecil aku suka merajuk,padaku temanku hanya kucing, ikan dan pokok yang kutanam..jika terasa hati aku akan membawa diri menyorok di belakang rumah,di bawah katil, di dalam almari malah tempat kesukaan ku adalah di atas pokok jambu di belakang rumah..tapi benarlah kata org, hati ibu tiada tandingnya..umi sentiasa menjumpai tempat2 persembunyiaanku dan memujuk supaya turun..melihat air mukanya membuatkan aku sejuk hati lalu turun daripada pokok jambu itu...umi adalah rakan baik ku sejak kecil,pada ketika itu hanya umi yang memahami hatiku..walaupun aku memang rapat dengan abah tapi disebabkan tugas mendidiknya yang tegas kadang2 aku tidak memahaminya dan sering bersikap jauh hati, kecil hatiku..namun kini baru lah ku sedar,tanpa didikan dari abah mana mungkin aku jadi seorang manusia pada hari ini..kini semakin hari semakin rapat aku dengan abah mungkin kerana usianya yang telah memasuki umur pertengahan dan ku lihat kini abah semakin tenang dalam apa jua situasi yang melanda dirinya..aku bangga dengan dirinya yang berjaya mengubah nasib keluarga kami,walaupun suatu ketika dulu abah di hina kerana menyekolahkan anak2 sampai ke luar negara tapi semangatnya tidak pernah luntur..benarlah kata orang, hanya ilmu yang dapat mengubah nasib seseorang itu..kini alhamdulillah keadaan menjadi semakin baik..adik beradik ku semua berjaya melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara..aku ingat lagi kata2 ini, biar kita miskin harta asalkan kita punya ilmu..ilmu lah yang bakal menjamin masa depan kita..percayalah...
No comments:
Post a Comment